Sunday, February 1, 2009

iNduksi 2/2008






4 Dis 2008 sehingga 24 Dis 2008, minggu yang amat menggembirakan diri ini... X perlu masuk ke ofis, x perlu bebankan kepala dengan tugasan di pejabat, malah "diwajibkan" mengikuti Kursus Induksi sebagai satu syarat untuk pengesahan jawatan dalam sektor kerajaan.

Kursus yang cukup menyeronokkan... Mana tak nyer, dapat kenal dengan sahabat baru yang x penah kenal pun sebelum nie.. Mcm2 ragam manusia rupanya yang dapat di jengah bila aku mengikuti kursus ni.. Ada yang nampak macam berlagak, sombong, kekwat tpi ternyata sume nyer palsu belaka.. Sume baik2 jerk...

Pengalaman yang x boleh aku lupakan, di lantik sebagai Penghulu sepanjang kursus ini berjalan.. Mak Aii... Tugas nyer bukan main berat.. Tiap2 pagi kena pastikan sume peserta dapat nota yang akan di bincangkan pada hari tersebut, pastikan nyanyian Lagu Negaraku berkumandang pada tiap-tiap pagi sebagai salah satu cara menyemarakkan semangat cintakan negara... Kalau ade je silap skit, maknanye aku sebagai Penghulu ni akan di bambu dan di sindir macam2 oleh semua ahli kumpulan.. Tpi, see the leg lah skit... Takdepun sebarang masalah yang aku timbulkan sepanjang kursus tue..

22hb Dis 2008 tepat jam 8.30 malam, pihak penganjur telah mengadakan Malam Mesra sempena akan berakhirnya kursus yang di anjurkan ni. Setiap kumpulan perlu menyediakan satu persembahan sebagai penghangat dan pemanas majlis pada malam tue.

Kumpulan Pengurusan & Profesional - buat persembahan sketsa isu semasa
Kumpulan Sokongan 1 - buat persembahan dikir barat mcm tak berdikir barat langsung..
Kumpulan Sokongan 2 (Kumpulan aku) - buat persembahan sketsa mengenai, isu harga minyak, peperangan di Palestin dan sukan SUMO..

Mana2 kumpulan yang dapat melakukan persembahan terbaik akan menerima hadiah dan di nobatkan sebagai kumpulan terbaik..

Ehem... "Sekarang diumumkan persembahan kumpulan terbaik sempena Malam Mesra Induksi jatuh kepada Kumpulan Sokongan 2".. Bayangkan ayat tue keluar dari mulut peneraju majlis semasa hari penutup kursus tu.. Aku macam berada di awang-awangan plak... X sangka kumpulan aku leh menang persembahan tu... ZzZzZzZ..

Apepun, itu semua hasil kerja keras semua ahli kumpulan dan bukan sebab aku nie Penghulu dieorang.. Memang seronok lah sepanjang kursus tu..

So, untuk korang2 yang nak kerja ngan kerajaan tu, induksi tu wajib yer.. tpi amat menyeronokkan..

No comments:

Post a Comment